Xi Arah Operasi SAR Anak Kapal Dilipatgandakan

(CRI)Rabu 17 Mei 2023

Presiden China Xi Jinping mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) kru sebuah kapal nelayan yang masih hilang dilipatgandakan.

Beliau turut menggesa supaya mekanisme tindak balas kecemasan diaktifkan serta-merta demi mempertingkat usaha SAR berkenaan.

Dilaporkan, kira-kira jam 3 awal pagi 16 Mei, bot nelayan China ‘Lupeng Yuanyu 028’ milik Penglai Jinglu Fisheries Co., Ltd. terbalik di tengah Lautan Hindi, menyebabkan 39 orang anak kapal terputus hubungan, termasuk 17 orang warganegara China, 17 dari Indonesia dan lima asal Filipina.

Sepanjang SAR dijalankan, pasukan masih belum menemui mereka yang hilang.

Xi menyatakan bahawa pihak terbabit perlu memberi kerjasama penuh untuk menggerakkan operasi SAR dan menyelaras bantuan antarabangsa.

Beliau turut menekankan perlunya langkah tegas diambil untuk menghilangkan risiko keselamatan yang wujud dalam operasi lautan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin.

Difahamkan, kerajaan China juga meminta bantuan daripada Australia, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Indonesia untuk terlibat dalam usaha SAR berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan