Import Eksport Xinjiang Melambung

(CRI)Rabu 17 Mei 2023

Pada Januari hingga April, jumlah perdagangan luar Xinjiang melonjak 82.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan mencatat RMB94.95 bilion (RM61.38 bilion). Antaranya, pada April sahaja, jumlah import eksport wilayah itu melambung 89%, mencecah RMB26.88 bilion (RM17.38 bilion).

Menurut Kastam China di Urumqi, wilayah Xinjiang, jumlah barangan eksport wilayah terbabit ke lima negara Asia Tengah berturut-turut meningkat 4.9% dan 11.4% dan 14.4% pada Februari, Mac dan April.

Pada empat bulan pertama, jumlah rakan dagang bagi Xinjiang bertambah dari 160 buah kepada 165 buah. Import eksport Xinjiang berkaitan Asia Tengah melambung 92.2% dengan mencapai RMB75.11 bilion (RM486 bilion), iaitu 43.4% keseluruhan perdagangan kebangsaan China berkaitan Asia tengah, meningkat 12.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan tetap merupakan tiga rakan dagang terbesar bagi Xinjiang.

Selain itu, pengeskportan elektronik permesinan Xinjiang ke Asia Tengah yang meningkat 76.5% beserta pakaian dan hiasan aksesori yang naik 66.7%, menyumbang 64.3% kepada keseluruhan eksport wilayah itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan