Sibuknya Pelabuhan Qinzhou, Nadi Pengangkutan Darat-Laut

Sibuknya Pelabuhan Qinzhou, Nadi Pengangkutan Darat-Laut
Sebuah kren memunggah kontena di pusat agihan kontena kereta api di bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China pada 11 Mei 2023. (Xinhua/Zhang Ailin)

Hasil dorongan daripada pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu telah menyaksikan lebih 300,000 TEU muatan diangkut melalui saluran kargonya tahun ini, iaitu naik 14 peratus tahun ke tahun. Pada masa ini, lebih 940 jenis barangan boleh digerakkan menerusi koridor berkenaan yang mengendalikan pengangkutan kargo menggunakan mod rel dan kapal, dengan liputan mencakupi 61 bandar di China yang dihubungkan dengan 393 pelabuhan di 119 negara dan wilayah.

Sebuah kren memunggah kontena di pusat agihan kontena kereta api di bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China pada 11 Mei 2023. (Xinhua/Zhang Ailin)
Foto udara yang diambil pada 11 Mei 2023 ini menunjukkan sebuah pusat agihan kontena kereta api di bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Xinhua/Zhang Ailin)
Sebuah tren kargo yang memuatkan produk dari ASEAN, meninggalkan pusat agihan kontena kereta api di bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China pada 11 Mei 2023. Kereta api ini akan tiba di Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China tiga hari kemudian, satu contoh larian yang membolehkan lebih 300,000 TEU muatan diangkut menerusi Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu tahun ini. (Xinhua/Zhang Ailin)
Foto udara yang diambil pada 11 Mei 2023 ini menunjukkan terminal kontena automatik di Pelabuhan Qinzhou dan pusat agihan kontena kereta api di bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Xinhua/Zhang Ailin)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan