Xi Zahir Tahniah Ulang Tahun ke-100 RI

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah sempena majlis sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Rehabilitation International (RI) yang dirasmikan di Beijing semalam.

Xi menyatakan bahawa selaku pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh dalam hal ehwal orang kelainan upaya (OKU), RI berikhtiar gigih untuk menjaga maruah OKU, menjamin hak dan kepentingan mereka, serta menambah baik kebajikan golongan itu.

China secara aktif menyokong kerja RI, menggalakkan usaha pemerkasaan OKU di negara-negara membangun menerusi tindakan praktikal, sekali gus menyumbang kepada perjuangan serupa di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, dalam proses menuju modenisasi, China akan terus menyempurnakan sistem jaminan sosial dan sistem perkhidmatan penjagaan untuk OKU ke arah pembangunan dan pemerkasaan golongan berkenaan.

Difahamkan, tanggal 21 Mei juga merupakan Hari untuk Membantu OKU di China.

Dengan peluang ini, Xi turut menyampaikan salam kepada golongan OKU di seluruh negara dan keluarga mereka, sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada pertubuhan antarabangsa dan individu dari pelbagai lapisan masyarakat yang menyokong usaha pemerkasaan OKU di China.

Gaya Hidup