Xi Pekan Akan Cara Hidup Mesra Alam

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Pengkategorian sampah dan penggunaan kitar semulanya merupakan satu projek sistematik yang memerlukan kerjasama dan penyelarasan pelbagai pihak, tindakan yang tepat, tempoh pelaksanaan yang panjang serta inisiatif impak sosial di kawasan bandar.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam sepucuk surat balasnya kepada sekumpulan sukarelawan yang bertugas mengkategori sampah di Jalan Jiaxinglu, Daerah Hongkou, Bandar Shanghai semalam.

Beliau berharap agar para sukarelawan bertungkus-lumus memainkan peranan mereka di peringkat akar umbi, mempergiatkan sesi sosialisasi, membantu orang ramai memupuk tabiat baik, dan berusaha menjadikan pengkategorian sampah sebahagian kehidupan rendah karbon yang dilihat sumbangan kepada pembangunan peradaban ekologi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan