- Lain-lain
Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Montenegro
(CRI)Isnin 22 Mei 2023
Presiden China Xi Jinping mengutus tahniah kepada Jakov Milatovic yang mula memegang jawatan Presiden Montenegro, pada Sabtu.
Xi menyatakan bahawa China dan Montenegro sentiasa saling menghormati, saling mempercayai dan melayan satu sama lain secara sama rata.
Beliau menghargai pembangunan hubungan China-Montenegro, dan sedia bersama dengan Presiden Milatovic untuk menyemarakkan ikatan persahabatan, meningkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus negara, sekali gus memantapkan lagi hubungan bilateral demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang



