- Lain-lain
Xi: Berusaha Bentuk Wahana Kesenian Peringkat Kebangsaan Bahkan Dunia
Sempena ulang tahun ke-60 Muzium Kesenian Nasional China (NAMC), Presiden China Xi Jinping mengirim sepucuk surat balas kepada pakar dan artis veteran yang bertugas dalam NAMC untuk menyampaikan tahniah dan salam kepada mereka.
Dalam surat tersebut, Xi menekankan bahawa NAMC diharap terus mengekalkan hala tuju politik yang tepat, memegang konsep yang mengutamakan rakyat, mengamalkan nilai sosialisme, meningkatkan usaha dalam koleksi berspesifikasi tinggi, penggunaan bertaraf tinggi dan perkhidmatan bermutu tinggi, di samping memberi sumbangan lebih besar dalam membina wahana kesenian peringkat kebangsaan bahkan peringkat dunia yang berperanan membantu rakyat menikmati karya kesenian dan memupuk etika dalam bidang kebudayaan, menyuburkan kesenian tanah air, meningkatkan keyakinan diri terhadap nusa dan bangsa dalam bidang kebudayaan dan melakar kecemerlangan baharu dalam bidang kebudayaan sosialisme.
NAMC dibina sebagai muzium kesenian di peringkat kebangsaan selepas Republik Rakyat China ditubuhkan dan dibuka kepada orang awam bermula 23 Mei 1963.