Xi Beri Kata Semangat kepada Perwakilan Guru dan Siswa-Siswi Macau

(CRI)Khamis 25 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping mengirim sepucuk surat balas kepada perwakilan guru dan pelajar Universiti Sains dan Teknologi Macau yang pernah menyertai penyelidikan dan pengeluaran satelit “Macau Sains 1” semalam.

Xi menyatakan bahawa Macautelah mencapai hasil yang membanggakan dalam kerjasama dengan Tanah Besar China dalam bidang sains dan teknologi seperti aeroangkasa. Senario pembangunan negara kuat dalam bidang sains dan teknologi dan mendorong modenisasi ala China boleh menyediakan ruang pembangunan yang lebih luas kepada universiti di Macau dan pekerja tempatan dalam bidang sains dan teknologi. Xi berharap mereka sebagai anak Macau mewarisi tradisi patriotik, dengan aktif mengambil bahagian dalam pembangunan tanah air termasuk menyertai pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, menyumbang sedikit sebanyak kepada transformasi ekonomi Macau ke arah yang pelbagai, dan memberi sumbangan baharu dalam menjayakan pelaksanaan “satu negara dua sistem” di Macau.

Satelit “Macau Sains 1” merupakan satelit sains angkasa pertama yang dibangunkan bersama oleh Tanah Besar dengan Macau, dan sudah berjaya dilancarkan di pusat pelancaran Jiuquan pada 21 Mei.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan