Rong Bao, Maskot Sukan Universiti Dunia Musim Panas FISU ke-31

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Panda gergasi merupakan haiwan yang dipercayai membawa nasib baik dan juga 'duta' kedamaian dalam kebudayaan tradisional China.

Temasya Sukan Universiti Dunia Musim Panas FISU ke-31 dijadualkan bermula pada 28 Julai di bandar Chengdu, provinsi Sichuan yang juga habitat kepada panda gergasi terbesar di dunia.

Haiwan ikonik China itu sekali lagi dipilih sebagai maskot temasya sukan itu dengan nama Rong Bao.

Selepas pungutan suara dari seluruh dunia, imej panda gergasi Zhi Ma dari pangkalan panda gergasi Chengdu menjadi imej sebenar maskot Rong Bao.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan