Organisati Sains dan Teknologi Antarabangsa Mahu Tubuh Pejabat di Beijing

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Forum Zhongguancun (ZGC) 2023 yang membuka tirainya di Beijing pada Khamis yang menyaksikan sepuluh hasil penyelidikan sains dan teknologi utama dalam pembinaan Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Antarabangsa Beijing diumumkan.

Difahamkan, ia meliputi rantaian blok, perubatan regeneratif, serta penubuhan jabatan organisasi sains dan teknologi antarabangsa di Beijing.

Pada masa ini, Persatuan Sel Bahan Hidrogen Antarabangsa, Pertubuhan Kerjasama Robot Dunia, Persatuan Pembuatan Pintar Antarabangsa, dan Persatuan Simulasi Asia telah menawarkan diri untuk menubuhkan pejabat di Beijing.

Difahamkan, Beijing akan membina zon kluster ibu pejabat organisasi sains dan teknologi antarabangsa di daerah Chaoyang, menarik lebih banyak organisasi antarabangsa untuk turut serta, selain memperkasakan pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa untuk terus menyepadukan ke dalam rangkaian inovasi global.

Bertemakan "Keterbukaan dan Kerjasama, Berkongsi Masa Depan", Forum ZGC 2023 dijadual berlangsung dari 25 sehingga 30 Mei, dengan lebih daripada 150 acara diadakan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan