Xi Mahu Beijing Terajui Bidang Sains dan Teknologi

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian berlarutan pada masa ini, manusia memerlukan kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian yang lebih daripada sebelumnya untuk menyelesaikan masalah pembangunan bersama.

Xi berkata demikian menerusi surat ucapan tahniah kepada Forum Zhongguancun (ZGC) 2023 pada hari perasmiannya pada Khamis.

"China komited meneruskan strategi keterbukaan untuk sama menang, serta bersedia berganding tangan dengan semua negara di dunia untuk mempromosikan inovasi sains dan teknologi, agar ia boleh memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat semua negara," ujar beliau.

Kata Xi, bandar Beijing perlu memanfaatkan kelebihannya dari pendidikan, sains dan teknologi, serta tenaga insan, mendorong inovasi terselaras dalam sains dan teknologi serta sistem, memperkasakan pembaharuan ZGC, mempercepat pembinaan taman sains dan teknologi peringkat global, dan berusaha untuk berada di barisan hadapan inovasi teknologi termaju dan pembangunan industri berteknologi tinggi.

Forum ZGC 2023 yang bertemakan "Open Cooperation for a Shared Future" dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Maklumat, Suruhanjaya Aset Negara Dewan Negara, Akademi Sains China, Akademi Kejuruteraan China, Persatuan Sains dan Teknologi China, dan kerajaan bandar Beijing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan