Buku Wacana Xi Jinping Mengenai Kemandirian dan Peningkatan dalam Sains dan Teknologi Diterbitkan

(CRI)Isnin 29 Mei 2023

Buku wacana Xi Jinping mengenai kemandirian dan peningkatan dalam sains dan teknologi diterbitkan dan diedarkan di seluruh negara mutakhir ini.

Buku tersebut menghimpunkan 50 wacana penting oleh Xi Jinping mengenai kemandirian dan peningkatan dalam sains dan teknologi, dan beberapa daripadanya diterbitkan untuk julung-julung kalinya.

Siri wacana penting itu memberi huraian komprehensif tentang status penting inovasi sains dan teknologi dalam kemajuan masyarakat manusia. Ia mempunyai makna signifikan untuk mempergiat pembinaan negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh, serta mendorong kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China secara menyeluruh melalui modenisasi ala China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan