Misi Pelancaran Kapal Angkasa Shenzhou-16 Berjaya

(CRI)Selasa 30 Mei 2023

(foto: People.cn)

Kapal angkasa Shenzhou-16 yang dibawa roket Long March-2F Y16 berjaya dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, tepat pukul 9.31 pagi tadi.

Kapal angkasa itu dipisahkan daripada roket dan memasuki orbit yang ditetapkan kira-kira sepuluh minit kemudian, dan kesemua tiga angkasawan berada dalam keadaan baik.

(foto: People.cn)

(foto: People.cn)

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), Shenzhou-16 akan melakukan percantuman pantas secara automasi dengan kompleks stesen angkasa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tiga angkasawan dijadual berada di stesen angkasa selama lima bulan untuk misi seperti melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA), menjalankan eksperimen sains angkasa serta memasang, menyelenggara dan membaik pulih kemudahan di dalam dan luar kabin.

(foto: People.cn)

(foto: People.cn)

Misi penerbangan itu adalah yang pertama selepas projek penerokaan angkasa lepas bermanusia China memasuki fasa pengaplikasian dan pembangunan.

Ia juga misi pelancaran kali ke-29 sejak projek berkenaan dilaksanakan pada 1992, selain merupakan penerbangan kali ke-475 bagi roket pembawa Long March.

Difahamkan, kru angkasawan Shenzhou-15 akan melakukan penyerahan kerja kepada kru Shenzhou-16 di orbit.

(foto: People.cn)

(foto: People.cn)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan