Promosi Modenisasi Sistem dan Daya Keselamatan Negara, kata Xi

(CRI)Rabu 31 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping menegaskan usaha harus diperkasakan untuk mempromosi modenisasi sistem dan daya keselamatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pertama sidang Majlis Keselamatan Negara Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada Selasa.

Beliau menyatakan, kita mesti menyedari situasi yang rumit lagi sukar yang dihadapi oleh keselamatan negara buat masa ini, memahami isu-isu utama dalam keselamatan negara, mempercepat pembinaan modenisasi sistem dan daya keselamatan negara, demi menjamin pola pembangunan baharu dengan pola keselamatan baharu.

Sesi itu juga menegaskan bahawa usaha harus dipergiat untuk memelihara keselamatan politik, meningkatkan taraf tadbir urus keselamatan kecerdasan buatan (AI), mempercepat pembinaan sistem amaran awal dan penyeliaan risiko keselamatan negara, serta menggalakkan pendidikan dalam keselamatan negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan