Kapal Qi Jiguang Berlepas ke Brunei

(CRI)Jumaat 02 Jun 2023

Kapal Qi Jiguang dari angktan laut Tentera Pembebasan China (PLA) mengakhiri lawatan persahabatan di Thailand dan berlepas ke Brunei pada Khamis.

Semasa lawatan di Thailand, kapal itu mengadakan tiga kali aktiviti terbuka, menerima lawatan kira-kira seribu pengunjung termasuk anggota tentera Thailand, penduduk tempatan, keturunan orang Cina dan peratau China di negara itu, serta kakitangan syarikat China di Thailand.

Selain itu, anggota tentera dari kapal Qi Jiguang dijemput melawat dan mengadakan sesi interaktif di kapal induk Chakri Naruebet, Institut Angkatan Laut Diraja Thailand dan Sekolah Guanghua Rayong.

Pada malam Rabu, majlis makan malam diadakan di kapal Qi Jiguang, dan disertai kira-kira 300 orang dari kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan