Penyahdolarisasi Bermanfaat untuk Keselamatan Ekonomi: Pakar Indonesia

(CRI)Selasa 06 Jun 2023

Kebergantungan terhadap sejenis mata wang bukanlah penyelesaian jangka panjang, sebaliknya perlu merangka dasar monetari yang pelbagai untuk mengekalkan keselamatan ekonomi negara, menurut pakar ekonomi Indonesia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Mandiri di Indonesia, Andry Asmoro menganggap amalan mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan satu trend yang tidak dapat dielak.

Menurut beliau, penyahdolarisasi boleh mengurangkan kesan kejatuhan nilai mata wang terhadap ekonomi domestik, sambil meningkatkan peredaran mata wang domestik di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan (INDEF), Eko Listiyanto menyatakan Indonesia harus mempelbagaikan mata wang rizabnya, dan mata wang yuan merupakan salah satu pilihan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan