Acara Interaktif dan Produk Kreatif Jadi Tumpuan ICIF

(CRI)Jumaat 09 Jun 2023

Produk budaya kreatif dan acara interaktif yang diperkenalkan dalam Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa China (Shenzhen) atau ICIF edisi ke-19 mencuri perhatian ramai.

Selaku satu-satunya zon rintis inovasi industri budaya peringkat negara, daerah Chaoyang, Beijing turut tampil mempertontonkan produk kreatif mereka dalam ICIF kali ini.

Naib Pengarah Biro Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Chaoyang, Wang Yonggang memberitahu, para pengunjung diberi peluang untuk mendekati dan memahami budaya tradisional China menerusi teknologi canggih yang interaktif.

Beliau berharap agar kaedah kreatif seumpama membolehkan orang ramai merasai pesona budaya tradisional.

Gaya Hidup