Presiden Honduras Letakkan Kalungan Bunga pada Tugu Pahlawan Rakyat China

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Presiden Honduras, Xiomara Castro telah meletakkan kalungan bunga pada hadapan Tugu Pahlawan Rakyat China di Dataran Tian'an men pagi tadi, iaitu hari keempat dalam jadual lawatan yang pertamanya di China.

Casstro adalah Presiden Honduras yang pertama mengadakan lawatan ke China. Pada 25 Mac lalu, Honduras mengumumkan untuk mengakhiri hubungan diplomatik dengan Taiwan China. Pada hari kemudian, China dan Honduras menandatangani pengumuman bersama untuk menjalin hubungan diplomatik secara rasmi. Dalam majlis pembukaan kedutaan China di Honduras pada 5 Jun, Castro mengumumkan jadual tentang lawatannya ke China.

Setiba di Shanghai pada malam Jumaat minggu lalu, Castro menyatakan bahawa mengakui prinsip Satu China, membina hubungan diplomatik dengan China dan memulakan kerjasama kedua-dua pihak akan membawa peluang pembangunan kepada negaranya.

Ketika melawat Bank Pembangunan Baharu BRICS pada Sabtu lalu, Castro telah mengeluarkan permohonan untuk menganggotai agensi itu secara rasmi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan