120,000 Produk Kebudayaan Dipamerkan dalam ICIF Ke-19

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Sebanyak 120,000 produk kebudayaan dipamerkan dan lebih 4,000 projek pelaburan dan pembiayaan dalam industri kebudayaan dijadikan tumpuan pertujukan atau urusniaga dalam Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) China Ke-19 yang menutup tirai di Shenzhen semalam.

Dimaklumkan, seramai 4 juta pengunjung yang tertarik melibatkan diri dalam lebih 500 aktiviti yang diadakan semasa berlangsungnya ekspo itu.

Pameran produk dan projek yang bercirikan tempatan dan mempunyai prestasi terbaik dalam pembangunan industri kebudayaan merupakan cerminan kebudayaan China yang bersejarah lama.

Zon pameran "China Digital – Inovasi Kebuydaan pada Era AI" yang pertama kalinya ditubuhkan telah mempamerkan teknologi, inovasi, hasilan terkini dan trend pembangungan baharu industri kebudayaan digital China.

Dimaklumkan lagi, ICIF edisi 2023 yang menyaksikan penglibatan sebanyak 300 syarikat pempamer dari 50 buah negara dan rantau di seberang laut, juga menyediakan perkhidmatan kunjungan dan penjualan secara hibrid kepada pembeli dan penonton profesional dari 108 negara dan rantau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan