Fitnah “Kerja Paksa”, Plot Cetuskan 'Pengangguran Paksa' di Xinjiang

(CRI)Selasa 13 Jun 2023

Apa yang disebut “kerja paksa” di wilayah Xinjiang yang direka-reka pihak Amerika Syarikat (AS) sebenarnya bohongan belaka untuk mencalar imej China, dan sama sekali tidak sejajar dengan realiti yang sebenar, iaitu hak dan kepentingan pekerjaan rakyat Xinjiang yang berbilang etnik amat terpelihara.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Wang, pihak AS melaksanakan apa yang disebut “akta pencegahan kerja paksa Uygur” sebenarnya membuktikan negaranya bertindak sewenang-wenangnya menjejaskan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta kestabilan rantai perindustrian dan pembekalan antarabangsa.

Wang berkata, tindakan AS yang menyenaraikan sejumlah badan China sebagai sasaran sekatan berkenaan, sebenarnya bertujuan mencetuskan 'pengangguran paksa' di Xinjiang melalui penyebaran fitnah “kerja paksa”, menjejaskan kemakmuran dan kestabilan Xinjiang malah mengekang pembangunan China.

China menyelar sekeras-kerasnya tindakan AS seumpama itu, dan akan mengambil langkah tegas untuk melindungi hak dan kepentingan sektor korporat negara sendiri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan