Buah Lazat yang Dihasilkan di Akar Pokok

Bolehkah akar berbuah? Mungkin ramai orang akan berkata "tidak". Sejak Jun, sejenis buah yang dipanggil sebagai "delima di bawah tanah" oleh orang tempatan mula mekar di pekan Yun di bandar Lincang, provinsi Yunnan. Boleh dilihat bahawa banyak buah tumbuh di akar dan dahan pokok.

Menurut penduduk tempatan, tumbuhan "delima di bawah tanah" biasanya berbuah pada setiap bulan Jun dan Julai. Buah yang masak adalah berwarna merah. Selepas dikupas, isi buah ini adalah lembut dan banyak jusnya. Rasanya manis dan lazat seperti buah ara.

Gaya Hidup