Kongres Kebangsaan Ke-19 CYLC Dirasmikan

(CRI)Selasa 20 Jun 2023

Kongres Kebangsaan ke-19 Liga Pemuda Komunis China (CYLC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada Isnin.

Pemimpin-pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan negara termasuk Xi Jinping, Zhao Leji, Wang Huning, Ding Xuexiang, dan Li Xi menghadiri majlis perasmian dan mengucapkan tahniah kepada kongres. Cai Qi mewakili Jawatankuasa Pusat PKC menyampaikan ucapan.

"Mewujudkan Sasaran Seratus Tahun Kedua China untuk membina negara ini sebagai negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif, dan mempergiat kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China melalui modenisasi ala China adalah tugas teras Parti, dan juga tema gerakan belia serta kerja golongan belia pada era baharu." kata Cai.

Beliau mengingatkan golongan belia agar ingat akan pesanan Xi, berbakti untuk pembangunan negara dan kebangkitan bangsa, dan melakar kejayaan baharu.

Gaya Hidup