Letupan Restoran: Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Nyawa

(CRI)Khamis 22 Jun 2023

Presiden China, Xi Jinping membuat arahan penting mengenai kemalangan letupan gas yang berlaku di sebuah restoran barbeku di bandar Yinchuan, hari ini.

Beliau mahu pihak-pihak berkaitan agar sedaya upaya menyelamatkan dan merawat mangsa cedera. Di samping itu, beliau mahu penyeliaan keselamatan dalam sektor-sektor utama ditingkatkan bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Xi juga mahu siasatan menyeluruh dilakukan untuk mengetahui punca kemalangan, dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Letupan gas berlaku di sebuah restoran di bandar Yinchuan, wilayah Ningxia di barat daya China, pada kira-kira 8.20 malam semalam, menyebabkan 31 orang maut dan 7 lagi cedera.

Gaya Hidup