Li Qiang Bertemu Macron

(CRI)Ahad 25 Jun 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang menemui Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Istana Elysee pada petang Khamis.

Li mengatakan bahawa China dan Perancis serta China dan Eropah mempunyai kelebihan masing-masing dan harus meningkatkan kerjasama. Di samping memperkasakan kerjasama dalam bidang tradisional seperti tenaga nuklear dan aeroangkasa, kedua-dua pihak juga perlu meneroka potensi dalam industri baharu seperti perlindungan alam sekitar, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan maju demi mewujudkan situasi menang-menang.

Beliau menegaskan, China menggalakkan syarikatnya melabur di Perancis di samping mengalu-alukan perusahaan dari Perancis berkongsi peluang pembangunan di China.

Macron pula menyatakan, pihaknya memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan China dan mempertahankan dasar satu China.

Beliau berkata, pihaknya bersedia meningkatkan koordinasi dengan China melalui pelbagai mekanisme seperti dialog strategik, dialog ekonomi dan kewangan peringkat tinggi, dan pertukaran kebudayaan peringkat tinggi. Perancis bersedia memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang aeroangkasa, tenaga nuklear, pertanian dan makanan.

Macron mengalu-alukan perusahaan China melabur di Perancis untuk meneroka kerjasama dalam industri baharu seperti perlindungan alam sekitar dan tenaga baharu.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pendapat tentang isu antarabangsa yang diberikan perhatian bersama termasuk krisis Ukraine.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan