Tren EMU Fuxing akan Digunakan di Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet

(CRI)Ahad 25 Jun 2023

Ujian operasi kereta api EMU, Fuxing, di landasan kereta api Qinghai-Tibet seksyen Xining-Golmud dijalankan pada Jumaat. Selepas ujian itu selesai, tren Fuxing akan mula digunakan di landasan kereta api Qinghai-Tibet seksyen tersebut bermula 1 Julai.

Landasan Xining-Golmud sepanjang 759.78 kilometer dan kelajuan maksimum pada masa ini ialah 140 kilometer sejam. Apabila tren EMU Fuxing digunakan, kelajuan di seksyen itu akan ditingkatkan kepada 160 kilometer sejam, dan perjalanannya akan mengambil masa kurang daripada 6 jam, iaitu sejam lebih pendek.

Landasan Xining-Golmud antara laluan pengangkutan penumpang dan kargo yang penting di kawasan Qinghai-Tibet.

Walaupun peningkatan kelajuan daripada 140 kilometer sejam kepada 160 kilometer sejam bukanlah perubahan besar, namun pengubahsuaian komprehensif perlu dijalankan terhadap semua kemudahan dan peralatan landasan kereta api di dataran tinggi itu, termasuk dasar landasan, jambatan, katenari dan sebagainya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan