Diplomat Kanan China Ditemui Delegasi AS

(CRI)Selasa 27 Jun 2023

Amerika Syarikat (AS) sepatutnya bertindak sehaluan dengan China ke arah memantapkan hubungan kedua-dua negara.

Demikian ujar Ketua Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi semasa bertemu delegasi AS yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Nasional mengenai Hubungan AS-China (NCUSCR) Jacob Lew di Beijing pada Isnin.

Wang meluahkan harapan supaya NCUSCR terus berperanan sebagai penggerak kepada kemantapan hubungan China-AS, selain menjadi penggalak pertukaran muhibah dan penghebah cerita berkisarkan kerjasama saling untung.

Jacob Lew pula berkata AS dan China saling bergantung, dan amalan 'cantas hubungan' tidak boleh diterima.

NCUSCR komited terus menggerakkan dialog dan pertukaran ikhlas antara kedua-dua negara, sekali gus mendorong ikatan AS-China berkembang ke arah positif, katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan