China, Barbados Mahu Perkasa Ikatan Kolaborasi

(CRI)Rabu 28 Jun 2023

China dan Barbados perlu memperkukuh kesalingpercayaan politik, terus mempertingkat persefahaman serta saling menyokong dalam isu-isu membabitkan kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Barbados Mia Mottley di Dewan Besar Rakyat di Beijing, petang Selasa.

Xi meluahkan kesediaan China untuk mempergiat interaksi dengan kerajaan, badan perundangan dan parti politik Barbados, sambil meningkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus negara.

Kedua-dua negara disarankan memperluas kerjasama dalam pembinaan prasarana, ekonomi digital, usaha menangani perubahan iklim, tenaga alternatif, sektor pertanian serta perubatan dan kesihatan dengan mengambil peluang daripada pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau berkata China menyokong perusahaan domestik menjalankan aktiviti kerjasama di Barbados, di samping mengintensifkan interaksi sosiobudaya dan memperluas pertukaran personel.

Sementara itu, Mottley menzahirkan harapan untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam usaha menangani perubahan iklim serta bidang sumber air, jurang digital dan penjagaan kesihatan.

Beliau turut mengulangi pendirian Barbados mendukung multilateralisme dan membantah amalan 'cantas hubungan'.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan