Pemandu Pelancong Prihatin Curi Hati Netizen

Qi Qin yang lahir pada tahun 1999, tiba di Xinjiang pada hujung 2022 dan mula berkecimpung dalam dunia pelancongan.

Qi Qin yang lahir pada tahun 1999, tiba di Xinjiang pada hujung 2022 dan mula berkecimpung dalam dunia pelancongan.

Seorang pemandu pelancong di wilayah autonomi Uygur Xinjiang mendapati bilangan pengikutnya melonjak hingga melebihi tiga juta selepas seorang vlogger membuat sorotan di media sosial mengenai cara kerjanya yang amat teliti.

Pada Sabtu lalu, vlogger kembara dikenali sebagai Lu Ren Jia Lv Xing yang mempunyai lebih sejuta pengikut di platform perkongsian video Douyin (TikTok), memuat naik rakaman tentang lawatannya ke Xinjiang.

Selain pemandangan dan makanan, dia juga berkongsi beberapa perilaku yang menunjukkan keprihatinan pemandu pelancongnya, Qi Qin dalam tempoh lawatan tersebut. Itinerari 15 hari itu disusun sendiri oleh pemandu berkenaan dengan begitu lengkap dan teratur. Bahkan, tempat duduk di kapal terbang pun dipilih khusus oleh Qi di sebelah kabin yang akan membolehkan vlogger itu melihat pemandangan terbaik Pergunungan Tianshan.

Qi juga mencadangkan tempat-tempat beli-belah yang harganya berpatutan, supaya vlogger itu tidak terjerat membeli barang-barang mahal.

Video yang dimuat naik segera menjadi tular sehinggakan mendapat 4.5 juta maklum balas like. Pemandu pelancong itu ternyata berjaya mencuri hati netizen, terbukti setelah jumlah pengikutnya melambung daripada dahulu hanya 600.

Jumlah tempahan untuk perkhidmatan Qi juga meningkat besar susulan video itu. Qi sendiri kagum apabila dia menerima lebih 10,000 pertanyaan dalam masa satu hari.

Ramai pengguna Douyin memuji sikap Qi yang berdedikasi. Seorang netizen bernama Bai Xue Xiao Yu mengulas: “Walau apa jua yang seseorang itu lakukan sebagai mata pencarian, sama ada bekerja untuk orang lain atau diri sendiri, usaha gigih sentiasa dibalas setimpal.”

(Foto/Akaun Douyin Qi Qin)

(Foto/Akaun Douyin Qi Qin)

Gaya Hidup