HK Post Keluarkan Setem Peringatan "Teknik Buat Teh Susu"

Hong Kong Post mengumumkan pada Isnin ini bahawa satu siri setem khas dengan tema "Warisan Budaya Tidak Ketara—Teknik Membuat Teh Susu Hong Kong" akan dikeluarkan pada 25 Julai.

Set Setem Peringatan Khas yang dikeluarkan oleh Hong Kong Post. (Foto diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Hong Kong SAR, dan diterbitkan oleh Xinhua)

Teknik membuat teh susu Hongkong dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Hong Kong pada 2017. Teh susu yang amat digemari oleh orang Hong Kong ini juga diberikan nama panggilan “teh stokin”. Ini sebab kain putih yang digunakan untuk mengasingkan hampas teh akan diwarnai coklat selepas digunakan berulang kali. Warnanya dikatakan sama seperti stokin. Teh susu Hong Kong berkembang selama ratusan tahun daripada teh susu British. Teknik pembuatannya mencerminkan integrasi budaya makanan Cina dan Barat di Hong Kong dan gaya hidup orang tempatan.

Kali ini, Hong Kong Post melancarkan satu set setem yang merangkumi 4 jenis setem, dua helaian setem, dan produk berkenaan. Reka bentuk menunjukkan langkah-langkah membuat teh susu Hong Kong termasuk mengadun daun teh, mendidih teh, mengacau susu dan sebagainya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan