Xi Mahu Hijaukan Pembangunan Berkualiti Tinggi China

(CRI)Rabu 19 Julai 2023

Persidangan Pemeliharaan Ekologi Alam Sekitar Kebangsaan China selama dua hari melabuhkan tirainya di Beijing pada Selasa dengan dihadiri pemimpin tertingginya, Presiden Xi Jinping.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China turut membentangkan langkah-langkah utama untuk membina gagasan China yang Indah, mengemukakan pembentukan sistem ekonomi kitaran karbon rendah, menghijaukan pembangunan berkualiti tinggi, sekali gus mempercepat modenisasi simbiosis antara manusia dengan alam semula jadi.

Sehubungan itu, Xi menegaskan usaha membentuk sistem ekonomi kitaran karbon rendah dan secara berkesan mengurangkan pengorbanan persekitaran; mempertahankan pemeliharaan integrasi dan penanganan sistematik terhadap gunung, hutan, padang, tasik, rumput, pasir; mewujudkan sistem sumber tenaga bersih, selamat, cekap dan mempercepat pembentukan sistem elektrik model baharu; menyempurnakan dasar ekonomi karbon rendah; mengintensifkan kawal selia kredit pemeliharaan persekitaran bagi menggalakkan perkembangan industri berkenaan; mendorong kemandirian teknologi karbon rendah, memperdalam penggunaan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI), memperhebat tadbir urus digitalisasi 'China yang indah', bagi menyumbang kepada peradaban ekologi digital yang hijau dan cerdas.

Sebagai negara membangun yang berpopulasi 1.4 bilion, China yang giat merealisasikan pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan persekitaran dan kesejahteraan rakyat diperhatikan luas oleh masyarakat antarabangsa.

Mengulas tentang konsep produk hijau, Pengarah Eksekutif Program Persekitaran Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Erik Solheim telah menjadikan provinsi Zhejiang sebagai contoh.

Menurut beliau, Zhejiang merupakan cerminan China dan dunia pada masa depan, berikutan kejayaannya dalam mewujudkan pembangunan lestari dari pelbagai aspek termasuk perlindungan alam sekitar, pembangunan ekonomi, pertambahan peluang pekerjaan, kesihatan penduduk dan pelancongan ke luar bandar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan