PRU ketujuh Kemboja Bermula

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

Pilihan raya umum (PRU) ketujuh bermula di Kemboja pagi tadi, menyaksikan sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk 125 kerusi Perhimpunan Kebangsaan.

Pengundian bermula pada pukul 7 pagi waktu tempatan di lebih 23,000 pusat mengundi di seluruh negara dan akan ditutup pada pukul 3 petang ini.

Difahamkan, kira-kira 9.7 juta orang daripada 16 juta populasi Kemboja layak mengundi dalam PRU yang diadakan lima tahun sekali di negara itu.

Berita Berkaitan