Ukraine Tandatangani Perjanjian Kerjasama Persahabatan Asia Tenggara

(CRI)Jumaat 11 November 2022

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-41 dan ke-40 serta persidangan berkenaan yang bertemakan “ASEAN: Bersama Hadapi Cabaran” diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada 10 hingga 13 November ini, menteri luar Ukraine, Dmytro Kuleba mewakili negara itu menandatangani Perjanjian Kerjasama Persahabatan Asia Tenggara untuk merapatkan hubungan negaranya dengan rantau ini semalam.

Perjanjian tersebut buat kali pertama ditandatangani oleh anggota ASEAN dalam sidang kemuncak pertama ASEAN di Bali, Indonesia pada 1976. Tujuan perjanjian tersebut adalah untuk “mendorong kelestarian keamanan, persahabatan dan kerjasama antara rakyat pelbagai negara serantau supaya meningkatkan kekuatan, kesatupaduan dan hubungan rapat antara satu sama lain”. Kesemua 10 buah negara anggota ASEAN telah menjadi pemeterai perjanjian itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan