Redah Yangtze Sebahagian Hidup Orang Wuhan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 Julai 2023

Setiap pagi, sebelum Tian Binqun melangkah ke tempat kerjanya di Wuhan, beliau berenang selama setengah jam di Sungai Yangtze, sungai paling panjang di China, ataupun di Tasik Timur yang menjadi ikon bandar itu.

Selaku ahli urologi di Hospital Zhongnan Universiti Wuhan, doktor yang berumur 64 tahun ini mula bekerja pada pukul 7 pagi. Jadualnya diatur padat dengan pembedahan, memerlukan masa dan tenaga yang banyak. “Saya sudah sedar betapa pentingnya berenang untuk kesihatan dan tenaga, melihatkan betapa mencabarnya jadual kerja saya,” katanya.

Taat kepada regimen renangnya, Tian bangun pada pukul 5 pagi. Kolam renang dalam bangunan kebanyakannya masih tutup, menjadikan tempat terbuka pilihan terbaik. “Saya basuh muka, minum sedikit susu dan kemudian pergi berenang kira-kira satu kilometer. Rutin ini membolehkan saya kekal bertenaga sepanjang hari,” ujar Tian.

Tian antara 1,900 perenang yang mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai, salah satu acara renang yang paling mencabar di dunia. Dalam acara itu, beliau telah berenang sejauh enam kilometer.

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

Berlokasi di titik pertemuan antara Sungai Yangtze dan cawang terpanjang iaitu Sungai Han, Wuhan mempunyai sebanyak 165 sungai dan 166 tasik. Sumber air yang melimpah ini menyemai minat yang mendarah daging dalam penduduk Wuhan untuk berenang di air terbuka.

“Ramai di Wuhan yang berenang di Sungai Yangtze kerana mereka mahu mencabar alam semula jadi, mengatasi kesukaran dan membina ketahanan,” kata Yao Qin’an, pengarah pusat latihan sukan sosial Wuhan. “Boleh dikatakan, minat warga Wuhan untuk meredah Sungai Yangtze mencerminkan kekuatan semangat bandar ini.”

Purata lebar Sungai Yangtze yang terletak di lingkungan bandar Wuhan ialah 1.7 kilometer. Jika diambil kira faktor angin, jeram dan lubuk pusar, merentas Sungai Yangtze bukan sesuatu yang mudah sama sekali.

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

“Berenang di Sungai Yangtze memang benar-benar mencabar. Tak sama langsung dengan pertandingan-pertandingan lain yang pernah saya sertai. Arus deras menyukarkan perjalanan ke seberang, tapi apabila sudah sampai, tak terkata puasnya,” kata Ashley Hogg, seorang calon PhD dari Manchester, England. Dia telah empat kali menyertai Festival Rentas Sungai Yangtze dan pernah sekali mendapat tempat kelima dalam perlumbaan 1.8 kilometer itu.

Hogg menambah, “Acara ini memerlukan pemikiran strategik dan penyesuaian diri. Memang sepadan dengan slogan bandar – ‘Wuhan, setiap hari berbeza’. Satu hari, perenang perlu menyasarkan satu arah untuk selesai dengan catatan masa yang baik. Tapi keesokan harinya atau pada tahun kemudian, arus yang lebih perlahan mungkin menjadikan strategi sama tak berkesan. Maka, perenang perlulah sentiasa menyesuaikan diri, menyesuaikan strategi, dan gigih berlatih.”

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

Peserta mengambil bahagian dalam Festival Rentas Sungai Yangtze Wuhan pada 16 Julai 2023. (Xinhua/Wu Zhizun)

Berita Berkaitan