Minggu Animasi Beijing Tutup Tirai

(CRI)Selasa 25 Julai 2023

Minggu Animasi Beijing edisi pertama telah menutup tirainya semalam, setelah menyaksikan termeterainya sebanyak 83 projek yang mempunyai kebersamaan dalam visi kerjasama.

Dimaklumkan, temasya yang diadakan pada 20 hingga 24 Julai itu terdiri daripada lapan komponen termasuk animasi televisyen, pertukaran akademik dan perbincangan inovasi serta pelaburan. Para pengunjung berpeluang menghayati hiburan dan interaksi yang tersedia di zon sains dan teknologi. Semasa berlangsungnya sesi pertukaran akademik, teknologi animasi, komik dan permainan (ACG) seperti kecerdasan buatan dan metaverse yang beransur-ansur boleh kelihatan dalam penghasilan animasi dewasa ini, dijadikan tumpuan dalam perbincangan pakar dari segi ciptaan pintar.

Berita Berkaitan