Majlis Penyampaian Hadiah Golden Monkey King

(CRI)Rabu 21 Jun 2023

Upacara penyampaian Hadiah Golden Monkey King bagi Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa China (CICAF) ke-19 anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Hangzhou pada Selasa.

Hadiah Golden Monkey King dikenali sebagai penghormatan tertinggi dalam industri kartun dan animasi di negara ini.

Hadiah kali ini terdiri daripada tiga kategori utama iaitu hadiah umum, hadiah harapan, dan hadiah tema.

Sebanyak 620 karya dari 15 negara dan kawasan termasuk Rusia, Perancis, dan Jepun bertanding dalam festival kali ini. Antaranya, 73 hanya disenarai pendek, dan 34 karya memperoleh hadiah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan