Xi Ucap Tahniah Sempena Hari Kemerdekaan Vanuatu

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vanuatu, Nikenike Vurobaravu sempena perayaan ulang tahun ke-43 Hari kemerdekaan negara itu pada 30 Julai.

Xi menyatakan bahawa hubungan persahabatan yang wujud antara China dengan Vanuatu bersejarah lama. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan bilateral berkembang pesat, ikatan politik yang saling percaya berada pada tahap tinggi, dan hasil yang melimpah dapat disaksikan dalam pertukaran dan kerjasama pelbagai bidang yang terbukti berfaedah bagi kesejahteraan rakyat.

Xi menyatakan, beliau amat mementingkan hubungan kedua-dua negara dan bersedia bersama dengan Presiden Vurobaravu berusaha menggerakkan Perkongsian Strategik Komprehensifk China-Vanuatu terus berkembang.

Berita Berkaitan