Asia-Pasifik Bukan Papan Catur Permainan Kuasa Besar

(CRI)Selasa 15 November 2022

Pertukaran dan kerjasama antara negara harus bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman dan kepercayaan negara serantau, serta kondusif bagi pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau dan dunia. Ia tidak seharusnya menyasarkan pihak ketiga atau menjejaskan kepentingan pihak lain.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Isnin.

Menurut laporan media, pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengadakan rundingan di Kemboja dan mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad, menzahirkan bantahan ke atas percubaan untuk mengubah situasi semasa di "Indo-Pasifik", dan menegaskan semula komitmen untuk "memelihara keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan".

Mao Ning berkata, rantau Asia-Pasifik adalah tempat untuk mengadakan kerjasama dan pembangunan, sebaliknya bukanlah papan catur permainan kuasa oleh negara-negara besar.

Negara-negara berkaitan harus mengikuti arus zaman, menyingkirkan mentaliti Perang Dingin, berhenti terlibat dalam pakatan kecil, dan tidak menjejaskan keamanan dan kestabilan di Asia-Pasifik.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya negara-negara berkaitan benar-benar ingin mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan, mereka harus mematuhi prinsip satu China dan bersama-sama dengan China untuk menentang 'kemerdekaan Taiwan'.  

Gaya Hidup