Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Bencana Alam

(CRI)Selasa 01 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping membuat arahan penting mengenai kerja-kerja pencegahan banjir dan penyelamatan bencana.

Xi menyatakan bahawa beberapa kawasan di China mengalami bencana banjir selepas taufan Doksuri membadai negara ini pada beberapa hari lalu, hingga mengakibatkan kehilangan nyawa di bandar Beijing dan provinsi Hebei.

Xi mahu usaha sedaya upaya dilakukan untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang atau terperangkap dalam bencana, merawat mangsa cedera dan meminimumkan kematian dan kecederaan.

Xi turut mahu kerajaan pelbagai tempat menempatkan penduduk yang terjejas, membaiki prasarana pengangkutan, komunikasi, dan tenaga yang rosak dalam bencana alam, supaya memulihkan kehidupan normal dengan secepat mungkin.

Beliau menekankan bahawa sekarang adalah tempoh kritikal bagi usaha mencegah bencana banjir, oleh itu pihak-pihak berkuasa berkaitan perlu meningkatkan pemantauan, ramalan dan amaran awal, melaksanakan pelbagai langkah pencegahan banjir dengan bersungguh-sungguh, demi menjamin keselamatan nyawa dan harta rakyat, dan kestabilan masyarakat.

Berita Berkaitan