Thailand Dilanda Banjir Besar

(CRI)Selasa 11 Oktober 2022

Imej satelit disiarkan Agensi Maklumat Geografi dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand (GISTDA) pada Isnin menunjukkan, air sungai dari kawasan banjir di utara Thailand sedang mengalir ke wilayah tengah negara itu.

Dilaporkan, banjir yang dicetuskan hujan lebat dan limpahan air sungai telah menenggelami tanah lebih 3,200 kilometer persegi di lebih 20 wilayah di bahagian tengah Thailand, antaranya tanah ladang seluas kira-kira 430 kilometer persegi.

Gaya Hidup