Terminal Kargo Timur Lapangan Terbang Hangzhou Mula Operasi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 01 Ogos 2023
Terminal Kargo Timur Lapangan Terbang Hangzhou Mula Operasi
Pemandangan panoramik terminal kargo antarabangsa di kawasan timur Lapangan Terbang Xiaoshan Hangzhou yang dibina oleh Biro Kejuruteraan Keempat China State Construction Engineering Corporation Ltd. (foto: Zhang Yongtao/People's Daily Online)

Terminal kargo di kawasan timur Lapangan Terbang Xiaoshan Hangzhou mula beroperasi hari ini. Kemudahan serba baharu itu ialah terminal kargo antarabangsa "pintar+berbilang lapisan" yang pertama di China.

Berbanding dengan terminal kargo yang sedia ada di lapangan terbang Hangzhou, keluasan terminal baharu ini mencapai 156,700 meter persegi, iaitu hampir 5 kali ganda lebih besar. Kapasiti jaminan penghantaran kargo tahunan mencapai 600,000 tan.

Terminal Kargo Antarabangsa di kawasan timur Lapangan Terbang Xiaoshan Hangzhou merupakan projek penting bagi provinsi Zhejiang dan juga projek sokongan Sukan Asia Hangzhou. Terminal ini menggunakan reka bentuk struktur 3 tingkat, iaitu stesen kargo awam, pusat ekspres rentas sempadan dan kawasan agensi. Selain badan utama terminal, juga terdapat kemudahan berkaitan seperti platform kereta, pusat pemeriksaan kastam, gudang kargo khas, bilik pengurusan status penerbangan dan sebagainya.

Projek tersebut juga merangkumi peralatan pintar seperti pengangkat ULD, pengangkat palet, forklift tanpa pemandu AGV, rak tiga dimensi ETV, barisan pemeriksaan dan pengasingan kastam dan lain-lain.

Berita Berkaitan