Projek Janakuasa Angin Beroperasi di 'Bumbung Dunia'

(CRI)Khamis 03 Ogos 2023

China Three Gorges Corporation hari ini mengumumkan bahawa projek janakuasa tenaga angin yang terletak di tempat beraltitud lebih 5,000 meter berjaya disambung ke grid di bandar Zhegu, kaunti Cuomei, wilayah Tibet. Inilah projek janakuasa tenaga asing beraltitud paling tinggi di negara ini. Untuk rekod, bagi projek janakuasa elektrik tenaga angin, ketinggian 3,500 hingga 5,500 meter dari paras laut disifatkan sebagai kawasan beraltitud ultra tinggi. Turbin angin 3.6 megawatt yang disambung ke grid kali ini antara turbin angin berkapasiti terbesar yang telah beroperasi di kawasan beraltitud ultra tinggi di China.

Berita Berkaitan