Roket Pembawa Long March-4C Selesaikan Misi ke-100

(CRI)Jumaat 04 Ogos 2023

China berjaya melancarkan satelit Fengyun-3F (FY-3F) dengan roket pembawa Long March-4C dari Pusat Pelancaran Jiuquan yang terletak di barat laut negara ini pada Khamis.

Ini misi kali ke-100 yang dijalankan oleh roket pembawa Long March-4C.

Roket Long March-4C pertama kali menjalankan misi pelancaran pada tahun 1988. Dalam tempoh 35 tahun lepas, siri roket tersebut berjaya menghantar 170 buah satelit ke angkasa, antaranya termasuk Fengyun, Ziyuan, Yaogan, Gaofen dan Change-4.

Berita Berkaitan