Guangxi Bakal Rakam Drama Tentang Penuntut Dari ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Ogos 2023

Satu majlis telah diadakan di Kolej Vokasional Teknikal Kereta Api Liuzhou (LRVTC) bagi menandakan permulaan fasa penggambaran drama “Pangsapuri Pelajar Antarabangsa”.

Drama ini mengisahkan para pelajar dari negara ASEAN yang datang menuntut teknologi kereta api berkelajuan tinggi di Liuzhou, Guangxi susulan daripada pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), hingga akhirnya mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di China dan timbul minat pada budaya China.

“Pangsapuri Pelajar Antarabangsa” merupakan karya filem dan televisyen pertama Guangxi yang menggabungkan tema mengenai pelajar antarabangsa dan kereta api laju (HSR). Ia terpilih sebagai projek sokongan karya sastera dan seni kontemporari Guangxi.

Penggambaran dijadualkan bermula bulan depan.

Video

Berita Berkaitan