Universiade Chengdu, Pengikat Cinta Sepasang Atlet China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 31 Julai 2023

Berpura-pura mengambil gambar, melutut sebelah kaki, dan melamar dengan cincin… Adegan romantik ini berlaku selepas Majlis Anugerah Taekwondo Universiade Chengdu.

Protagonis ialah Hu Mingda dan Liang Jie dari Pasukan Taekwondo Pelajar Universiti China.

Liang Jie memenangi pingat emas dalam Mixed Team Freestyle Poomsae Final, dalam Sukan Universiti Musim Panas Dunia (Universiade) ke-31 pada 30 Julai. Semasa dia menerima anugerah di podium, Hu Mingda berulang-kali berlari di tempat media dan meminjam sebentuk cincin daripada kakitangan venue.

Dengan cincin di sebelah tangan dan patung maskot di sebelah tangan lagi, Hu Mingda menunggu sesi penyampaian anugerah berakhir lalu melamar.

"Saya sebenarnya sudah lama berfikir untuk melamar, tetapi belum cukup bersedia. Cincin itu juga dipinjam buat sementara waktu." Hu Mingda berkata.

Kekejutan selepas dilamar tiba-tiba, terbayang kegembiraan pada wajah Liang Jie. "Saya sangat teruja. Saya pernah berangan-angan tentang hari dia melamar, tetapi tak sangka berlaku hari ini. Hari ini ialah hari penuh dengan kenangan dan kasih sayang bagi saya." kata Liang Jie.

Berita Berkaitan