Pemasangan Landasan Rel Laju Pertama Rentas Sempadan China-Vietnam Mula

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Ogos 2023

Pada pukul 9.30 pagi 8 Ogos, sebuah mesin pemasangan landasan meletakkan satu set rel keluli sepanjang 500 meter pada balast dan ranjang landas praletak bagi landasan Kereta Api Fangchenggang-Dongxing. Ini menandakan bermulanya fasa pemasangan landasan Kereta Api Fangdong, yang menghubungkan terus sempadan China dan Vietnam.

Tapak pemasangan rel keluli landasan Kereta Api Fangdong. (Foto ihsan Biro Nanning, Kereta Api China)

Tapak pemasangan rel keluli landasan Kereta Api Fangdong. (Foto ihsan Biro Nanning, Kereta Api China)

Laluan Fangdong terletak di hujung paling barat rel pesisir pantai China. Ia adalah kereta api pertama yang sampai ke Dongxing, satu-satunya bandar pelabuhan yang menghubungkan China dan Vietnam melalui darat dan laut. Laluan itu bermula dari hujung selatan Stesen Utara Fangchenggang, melintasi barat daya di Stesen Bandar Dongxing, melalui pekan Jiangshan di bandar Fangchenggang dan pekan Jiangping di bandar Dongxing. Panjang laluan utama ialah 46.9 kilometer, dengan Stesen Utara Fangchenggang hingga Stesen Bandar Dongxing sebagai stesen kawalan, manakala Stesen Semenanjung Jiangshan dikhaskan sebagai rizab. Kelajuan reka bentuk kereta api adalah 200 kilometer sejam, dan bagi infrastruktur pula 250 kilometer sejam.

Sehingga kini, projek terowong dan jambatan bagi keseluruhan laluan Kereta Api Fangdong telah siap sepenuhnya. 90% daripada projek subgred telah siap, begitu juga 97% daripada projek utama stesen. Mengikut pelan pembinaan, pemasangan seluruh landasan akan siap pada penghujung September tahun ini, dan syarat untuk pembukaan dan operasi akan dipenuhi menjelang akhir Disember.

Foto udara tapak pembinaan landasan Kereta Api Fangdong. (Foto ihsan Biro Nanning, Kereta Api China)

Foto udara tapak pembinaan landasan Kereta Api Fangdong. (Foto ihsan Biro Nanning, Kereta Api China)

Selepas Kereta Api Fangdong mula beroperasi, bandar pelabuhan sempadan Dongxing akan disambungkan ke rangkaian laluan kereta api berkelajuan tinggi China, dan jarak antara kereta api laju China dan Lebuhraya Yuntun-Mongcai Vietnam akan dipendekkan kepada 5 kilometer, menjadikannya satu saluran untuk Zon Ekonomi Teluk Beibu, bahkan menghubungkan Guangdong-Hong Kong-Makau dengan negara-negara ASEAN. Projek ini akan memainkan peranan positif dalam menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan