ITU: Bayaran FBB China Kedua Terendah Sedunia

(CRI)Rabu 16 Ogos 2023

Kadar bayaran pengguna China terhadap perkhidmatan jalur lebar tetap (FBB) dalam Pendapatan Kebangsaan Kasar (GNI) per kapita bulanan menurun kepada 0.45% pada tahun 2022 daripada 0.5% pada tahun sebelum, menduduki tempat kedua dalam ranking bayaran terendah dalam senario global setelah Liechtenstein.

Kebolehbebanan Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) Tahun 2022 yang disiarkan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini menunjukkan, bayaran jalur lebar mudah alih (MBB) di China pula jauh lebih rendah daripada paras purata sejagat.

Sementara itu, China juga giat membangunkan jaringan gentian optik di 130,000 kampung dan stesen pemancar 4G dan 5G di 79,000 kawasan terpencil di seluruh negara.

Video

Berita Berkaitan