Persidangan Robot Dunia 2023 Buka Tirai di Beijing

(CRI)Khamis 17 Ogos 2023

Bertemakan 'Inovasi terbuka dan berkongsi masa hadapan', Persidangan Robot Dunia (WRC) 2023 membuka tirainya di sini, pada Rabu.

Bagi pempamer, keluasan ruang pameran pada edisi kali ini adalah seluas 45 ribu meter persegi, iaitu menambah 5,000 meter persegi berbanding tahun lalu.

WRC kali ini juga berjaya menarik 160 syarikat berkaitan untuk mempamerkan lebih 600 produk. Daripada semua produk itu, 60 daripadanya yang merupakan produk terkini akan membuat debut bersama dalam tempoh persidangan.

Difahamkan, WRC kali ini juga akan menjadi saksi kepada pelancaran Pelan Tindakan Pembangunan Berkualiti Tinggi Industri Robot untuk Tiga Tahun (2023 - 2025) oleh Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing (BETDA) bagi menggalakkan penggunaan pragmatik hasil sains dan teknologi.

Menurut unjuran, jumlah nilai industri itu akan melebihi angka RMB10 bilion (RM6.35 bilion) menjelang 2025.

Untuk WRC 2023 juga, lebih 320 wakil pertubuhan antarabangsa, ahli akademi, sarjana dan usahawan akan menyertai enam forum utama dan hampir 30 forum khas dalam tempoh persidangan itu.

Antara topik yang diberi fokus pada kali ini adalah mengenai keterbukaan dan kerjasama, trend perkembangan teknologi, penggunaan perindustrian, dan pembinaan ekologi.

Video

Berita Berkaitan