Classics Quoted by Xi Jinping Episod Kedua Disiarkan di Afrika

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Program televisyen Classics Quoted by Xi Jinping versi bahasa Ingeris, Perancis, Arab, Hausa, dan Kiswahili akan disiarkan di negara-negara Afrika bermula 20 Ogos.

Pelancaran program tersebut sempena kehadiran Presiden Xi ke Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS kali ke-15 dan lawatan rasminya ke Afrika Selatan pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), program tersebut akan disiarkan di 62 media perdana dari 38 negara Afrika.

Timbalan Presiden Kongres Nasional Afrika (ANC), yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, Paul Mashatile ketika menyampaikan ucapan bertulisan dalam majlis pelancaran program itu menyatakan bahawa ikatan diplomatik antara Afrika Selatan dengan China telah dijalin 25 tahun. Pihaknya komited akan terus mengembangkan persahabatan yang berharga dengan China.

"Afrika dan China boleh menggalakkan pentadbiran dan perkembangan sosial melalui kerjasama media,”kata Mashatile.

Presiden CMG Shen Haixiong pula menyatakan, China dan Afrika adalah buaian tamadun manusia yang masing-masing mempunyai sejarah lama dan budaya gemilang.

"Media dari kedua-dua pihak harus meningkatkan komunikasi, merapatkan kerjasama, dan menjadi sahabat sejati untuk selama-lamanya," kata Shen.

Beliau menegaskan bahawa CMG bersedia meningkatkan sinergi dengan rakan-rakan dari Afrika agar menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Video

Berita Berkaitan