Pendirian China tentang Isu Sempadan dengan India Adalah Konsisten dan Jelas: Kementerian Luar

(CRI)Isnin 28 Ogos 2023

Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan perbualan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg pada 23 Ogos lalu mengatakan, pembaikan dan pengembangan hubungan antara China dengan India sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyatnya. Ia juga bermanfaat bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau dan antarabangsa.

Oleh itu, menurut Xi, kedua-dua negara harus menangani isu sempadan dengan baik dan bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan di kawasan sempadan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata, pendirian China tentang isu sempadan China-India adalah konsisten dan jelas.

"Isu sempadan merupakan isu tinggalan sejarah dan ia bukanlah keseluruhan hubungan kedua-dua negara. Isu itu patut diletakkan di tempat yang sesuai dalam hubungan dua hala, dan diselesaikan secara aman dan bermuafakat melalui cara adil, munasabah dan boleh diterima kedua-dua pihak.

"Sebelum isu itu diselesaikan, kedua-dua negara perlu bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan di kawasan sempadan," kata Wang.

Beliau menegaskan bahawa China berharap berusaha bersama-sama dengan India untuk menjadikan persetujuan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara tindakan konkrit.

Video

Berita Berkaitan