China Tetap Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global

(CRI)Isnin 28 Ogos 2023

Ekonomi China berdaya tahan, berpotensi besar dan dinamik, kemampanan ekonomi negara ini dalam jangka masa panjang tidak akan berubah. Ekonomi China akan terus menjadi tonggak bagi pembangunan ekonomi global dan memberikan lebih banyak peluang kepada pembangunan pelbagai negara luar.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Dilaporkan bahawa penganalisis asing berpendapat, pelan rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan China mutakhir ini bukanlah sebutir "bazuka besar", ia sebenarnya langkah-langkah konkrit untuk memberikan sokongan bersasar kepada bidang-bidang tertentu.

Pegawai kanan Bank Standard Chartered menyatakan, walaupun menghadapi cabaran, landasan keterbukaan pasaran China masih dilihat dengan jelas.

Wang Wenbin menyatakan bahawa sejak awal tahun ini, ekonomi China mengekalkan trend pemulihan. Menurut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mutakhir ini, ekonomi China dijangka akan tumbuh pada kadar 5.2 peratus pada tahun ini, menyumbang sepertiga kepada pertumbuhan ekonomi global. Oleh itu, ekonomi China masih berperanan sebagai enjin utama bagi pertumbuhan ekonomi global.

Video

Berita Berkaitan